Friday 5 April 2013

Nilai murni.


Teliti bahan ransangan dan senaraikan sepuluh nilai murni yang terdapat dalam filem pendek di atas.

Latihan 3. Tatabahasa


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 


1. Adam __________Imran sedang  memberi arnab makan. 


2. Imran membuka pintu sangkar arnab __________mengisi bekas 
    makanan yang telah kosong.


3. Pak Long membersihkan sangkar arnab _________ia kotor .








                kerana                                    lalu                                        dan

Latihan 2 .

Tuliskan sebuah karya autobiografi ' Aku Sebuah Komputer ' .

Latihan Penjodoh Bilangan

Sila buat latihan di bawah di dalam buku.


Arahan : Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1.      “Berapakah harga ………. petai ini?” tanya ibu kepada penjual.
A  sebiji                 C  seulas
B  sebuah              D  sepapan


2.      Banyak ………. perca kain yang berwarna-    
       warni dijahit untuk dijadikan alas kaki yang
       menarik.
      A  cebis                 C  bidang
      B  gumpal              D  gulung

3.      Malik membeli sebatang tebu dan memotong-motongnya agar setiap adiknya mendapat ……….
A  sebiji                 C  sehiris
B  seruas                D  seketul

4.      Pak Ahmad mempunyai beberapa ……….
rumah sewa di Kampung Pinang Sebatang.
A  pintu                 C  bidang
B  papan                D  rangkai

5.      Pemuda itu telah menjumpai ………. kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A  sebilah              C  sejambak
B  seutas                D  serumpun

6.      Dia  mengesat dakwat yang tertumpah di    
atas meja itu dengan ……… kain.
A  sebidang                       C  sepasang
B  secebis              D  selembar    

7.      Beberapa ……… mutiara digunakan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
A  ulas                   C  butir
B  keping               D  potong

8.      Abang memasukkan ………. filem ke dalam kameranya.
A  segulung                       C  sekajang
B  segelung                       D  sebuah

9.      Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ………. asam gelugur dan beberapa ………. bawang merah.
A  sepotong …..  biji
B  sehiris     …..  ulas
C  seketul    …..  biji
D  sekeping …..  ulas

10.  Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa ……… rambutan serta beberapa ………. kelapa.
A  tangkai …..  sikat
B  ikat       …..  tandan
C  ikat       …..  sisir
D  tangkai  …..  sisir


Friday 8 February 2013

Selamat Datang

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan blog sendiri. Sebenarnya sudah lama saya berhasrat untuk menghasilkan blog sendiri namun apakan daya, banyak pula faktor - faktor yang menunda hasrat tersebut. Kini saya telah berjaya menghasilkan blog Mari Belajar Bahasa Melayu Bersama Cikgu Helni. Terima kasih kepada Dr Khairuddin selaku mentor dan suami tercinta En Hairul Azizi yang membimbing saya dengan setia.